Search This Blog

Thursday 18 April 2013


Refleksi Membina Blog

Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM3105 ) Sesi pengajian semester 3 bagi saya adalah satu subjek yang amat menarik.Blog adalah lebih mudah daripada membuat laman web yang lebih kompleks dan lebih mahal kosnya.Bagi saya yang baru belajar membuat blog saya perlukan masa yang agak panjang untuk belajar bagaimana untuk membuat blog yang mempunyai isi kandungan bahan yang bermutu dan menarik minat pembaca blog.Saya masih belajar dan cuba untuk mempertingkatkan kemahiran bagaimana untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan mempunyai kandungan yang menarik.Blog saya saya bina ini adalah blog biasa sahaja dan sekadar untuk mendapat pengetahuan.Insya Allah saya akan memperbaiki blog saya agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Saya  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Bukhari b. Shafie kerana telah mengajar dan membimbing saya  untuk membina blog.Pengetahuan ini di masa depan mungkin akan diguna di dalam memudahkan tugasan sebagai seorang guru.Kemahiran ICT perlu dipelajari oleh setiap orang guru.Sekarang ini terlalu banyak perkara telah dijalankan secara online (maya) dan saya perlu mempelajarinya untuk menjadi pendidik yang berkualiti dan berdaya maju di dalam sistem pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang secara drastik.Semuga saya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan efisyen lagi dengan pengetahuan yang diperolehi di dalam Program Pensiswazahan Guru ini.

No comments:

Post a Comment