Search This Blog

Saturday 9 March 2013


1.0         GAGASAN 1 MALAYSIA SEBAGAI WADAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU PADU

2.1       Konsep Gagasan 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia adalah asas kepada prinsip keadilan  untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib untuk semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak yang akan terpinggir.  Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.  Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap dilaksanakan.
1 Malaysia adalah penerusan terhadap agenda membina Negara.  Untuk mencapai kemajuan bagi Negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu.  Ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh.  Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan Negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Konsep 1 Malaysia juga membawa pengertian berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah Negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyatnya bersatu padu. 
Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
Asas kepada Gagasan 1 Malaysia  adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina Negara,untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum  yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar
Maksud    Rakyat    Didahulukan    dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah :
• Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
• Mengurangkan kadar jenayah.
• Memerangi rasuah.

• Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah.
• Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman.
• Menambah baik pengangkutan awam.
maksud   ‘Pencapaian Diutamakan’ pula merujuk kepada komitmen kerajaan  dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA.


2.2       Hubungan Gagasan 1 Malaysia dengan Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu
Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,   Pencapaian   Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Gagasan ini bukanlah suatu perkara baru.  Sebaliknya   1Malaysia  merupakan satu   usaha   yang   telah   lama   diamalkan.  Usaha-usaha   memelihara   dan   menjaga kepentingan   rakyat   serta   negara   sudah dilaksanakan   sejak   zaman   Tunku   Abdul Rahman Putra Al-Haj.
 Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

2.3       Matlamat
1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
 Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
 1Malaysia  adalah pemangkin kepada pewujudan   negara   bangsa   yang   dapat  melahirkan  rakyat  yang  mempunyai  sikap kesamaan    dan    kekitaan    antara    satu sama   lain.   Keupayaan   membina   negara
bangsa bergantung kepada  perkongsian nilai  integriti,  kebolehan,  dedikasi  dan kesetiaan.
 Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai  1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

No comments:

Post a Comment