Search This Blog

Thursday 18 April 2013


 4 web/blog berkaitan sastera/bahasa/seni/budaya

Tajuk : Pengantarabangsaan Bahasa dan Kesusasteraan Nusantara
URL : http://cetasasbuya.blogspot.com/2007/09/pengantarabangsaan-bahasa-dan.html
Sinopsis : Blog berita dan rencana kegiatan Kebahasaan, kesusteraan dan kebudayaan di Sarawak.

Tajuk : Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh STPM
URL : http://www.mpm.edu.my/documents/10156/b50cac16-341c-48e1-99ad-d8e0ad27da6c
Sinopsis : Sukatan Pelajaran 910 Bahasa Melayu STPM

Tajuk : Konsep dan Istilah Komponen Sastera
Sinopsis : Pembaca dapat mengenal konsep dan istilah komponen sastera



Tajuk : BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA
Sinopsis : Guru boleh menggunakan bahan sastera dalam pengajaran bahasa

Refleksi Membina Blog

Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( BMM3105 ) Sesi pengajian semester 3 bagi saya adalah satu subjek yang amat menarik.Blog adalah lebih mudah daripada membuat laman web yang lebih kompleks dan lebih mahal kosnya.Bagi saya yang baru belajar membuat blog saya perlukan masa yang agak panjang untuk belajar bagaimana untuk membuat blog yang mempunyai isi kandungan bahan yang bermutu dan menarik minat pembaca blog.Saya masih belajar dan cuba untuk mempertingkatkan kemahiran bagaimana untuk menghasilkan blog yang berkualiti dan mempunyai kandungan yang menarik.Blog saya saya bina ini adalah blog biasa sahaja dan sekadar untuk mendapat pengetahuan.Insya Allah saya akan memperbaiki blog saya agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Saya  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Bukhari b. Shafie kerana telah mengajar dan membimbing saya  untuk membina blog.Pengetahuan ini di masa depan mungkin akan diguna di dalam memudahkan tugasan sebagai seorang guru.Kemahiran ICT perlu dipelajari oleh setiap orang guru.Sekarang ini terlalu banyak perkara telah dijalankan secara online (maya) dan saya perlu mempelajarinya untuk menjadi pendidik yang berkualiti dan berdaya maju di dalam sistem pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang secara drastik.Semuga saya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan efisyen lagi dengan pengetahuan yang diperolehi di dalam Program Pensiswazahan Guru ini.

4 web berita

Tajuk : Kanser Usus

Sinopsis :  kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun. Dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Maklumat tentang tanda-tanda kanser usus.


Tajuk : Geng samseng dibuang sekolah.

Sinopsis : Tindakan sewajarnya dikenakan terhadap beberapa pelajar kaki buli yang juga ‘pelakon’ utama dalam rakaman video yang tersebar di YouTube membabitkan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Miri, baru-baru ini. sekumpulan kaki buli membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah membelasah seorang pelajar lain yang didakwa berlaku di bandar raya.Tindakan gantung sekolah dikenakan terhadap pelajar terbabit.



Tajuk : Tiada elaun perjalanan bagi yang balik mengundi.

Sinopsis : Pengerusi SPR jawab persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi. Parti politik yang menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.



Tajuk : Ibu tunggal diberi kad diskaun 1 Malaysia.


Sinopsis : Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan pemberian Kad Diskaun 1Malaysia kepada ibu tungggal di seluruh negara selain menimbangkan beberapa perkara lagi untuk kemudahan golongan tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_27.htm#ixzz2Qovj1veM
Hakcipta terpelihara 


 4 web/blog pembelajaran bahasa Melayu

Tajuk : Pembangunan Laman Web Berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Tajuk Animasi 2D Dan 3D.
Sinopsis : Kajian ini bertujuan untuk membangunkan laman web yang menyediakan ruangan pembelajaran tajuk animasi 2D dan 3D yang interaktif berasaskan strategi pembelajaran berasakan masalah (PBM).

Tajuk : Masalah penguasaan Bahasa Melayu  di kalangan pelajar  tahun enam.

Sinopsis : Kajian kes ini cuba meninjau masalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar  tahun  enam di bawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dari       sudut  umum.


Tajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105)

Sinopsis : Blog Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105).Kemahiran teknologi maklumat untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


Tajuk : Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa

Sinopsis : Teknik-Teknik Pengajaran Bahasa dan tujuan-tujuannya.

10 Cara Membina Motivasi Diri 

Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut: 

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

 2. Lakukan senaman ringan

 3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.

 4. Berfikiran positif Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.

 5. Dapatkan tidur yang mencukupi Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

 6. Luahkan pada seseorang Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. 

7. Curahkan di atas kertas Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.

 8. Bersedia untuk berubah Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

 9. Cari kegemaran baru Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini. 

10. Bertegaslah Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

4 web berita

Tajuk : Kanser Usus

Sinopsis :  kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun. Dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Maklumat tentang tanda-tanda kanser usus.


Tajuk : Geng samseng dibuang sekolah.

Sinopsis : Tindakan sewajarnya dikenakan terhadap beberapa pelajar kaki buli yang juga ‘pelakon’ utama dalam rakaman video yang tersebar di YouTube membabitkan sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Miri, baru-baru ini. sekumpulan kaki buli membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah membelasah seorang pelajar lain yang didakwa berlaku di bandar raya.Tindakan gantung sekolah dikenakan terhadap pelajar terbabit.



Tajuk : Tiada elaun perjalanan bagi yang balik mengundi.

Sinopsis : Pengerusi SPR jawab persoalan oleh segelintir pihak sama ada pengundi yang bekerja di luar kawasan daftar pemilih diberikan elaun perjalanan sekiranya pulang ke kampung halaman untuk mengundi. Parti politik yang menyediakan elaun kepada pengundi untuk balik mengundi, Abdul Aziz berkata elaun itu tidak akan dianggap rasuah sekiranya diberikan tanpa syarat.



Tajuk : Ibu tunggal diberi kad diskaun 1 Malaysia.


Sinopsis : Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan pemberian Kad Diskaun 1Malaysia kepada ibu tungggal di seluruh negara selain menimbangkan beberapa perkara lagi untuk kemudahan golongan tersebut.






Saturday 13 April 2013

HADIS : MISKIN YANG SEBENAR, 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN Tazkirah Jumaat 5 April 2013 (24 Jamadil Awal 1434H)

 MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW (DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

MISKIN YANG SEBENAR

 Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Yang dikatakan orang miskin itu bukanlah orang yang pergi dari rumah ke rumah, lalu diusir apabila dia meminta sebiji dua kurma, atau satu dua suap makanan. Orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang tidak berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersabar lalu menceritakan halnya kepada orang lain. Kemudian ada orang memberikan sedekah kepadanya, tetapi dia masih belum berasa cukup, dan terus meminta-minta dari sesama manusia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pengajaran • Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. • Harta itu ujian dari Allah, maka bersabarlah sama ada kita mempunyai banyak atau sedikit harta. • Bersedekahlah dengan harta yang kita ada. Sedikit atau banyak itu tidak penting. Contohnya, janganlah jika kita ada wang seringgit mahu tunggu wang jadi dua ringgit baru mahu bersedekah. Wang ada seratus mahu tunggu jadi seribu baru mahu bersedekah. Kononnya mahu jadi kaya baru mahu bersedekah. Salah konsep tersebut, kekayaan itu bukan semestinya diukur dengan harta. • Yang miskin jangan terus mengeluh dan suka meminta-minta atau asyik meminta-minta, tetapi teruslah berusaha disamping bantuan yang ada. (Hadis diambil dari majalah Iman bil. No: 14)

 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN

 1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

 2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.

 3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

 4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.

 5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.

 6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.

 7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

 8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

 9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

 10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.

 11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.

 13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.

 14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Sumber  :   https://www.facebook.com/harlina399