Refleksi
Membina Blog
Pembelajaran Berbantukan Komputer Bahasa Melayu Sekolah
Rendah ( BMM3105 ) Sesi pengajian semester 3 bagi saya adalah satu subjek
yang amat menarik.Blog adalah lebih mudah daripada membuat laman web yang lebih
kompleks dan lebih mahal kosnya.Bagi saya yang baru belajar membuat blog saya
perlukan masa yang agak panjang untuk belajar bagaimana untuk membuat blog yang
mempunyai isi kandungan bahan yang bermutu dan menarik minat pembaca blog.Saya
masih belajar dan cuba untuk mempertingkatkan kemahiran bagaimana untuk menghasilkan
blog yang berkualiti dan mempunyai kandungan yang menarik.Blog saya saya bina
ini adalah blog biasa sahaja dan sekadar untuk mendapat pengetahuan.Insya Allah
saya akan memperbaiki blog saya agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Bukhari b. Shafie kerana telah mengajar dan membimbing
saya untuk membina blog.Pengetahuan ini
di masa depan mungkin akan diguna di dalam memudahkan tugasan sebagai seorang
guru.Kemahiran ICT perlu dipelajari oleh setiap orang guru.Sekarang ini terlalu
banyak perkara telah dijalankan secara online (maya) dan saya perlu
mempelajarinya untuk menjadi pendidik yang berkualiti dan berdaya maju di dalam
sistem pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang secara drastik.Semuga
saya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan efisyen lagi dengan
pengetahuan yang diperolehi di dalam Program Pensiswazahan Guru ini.
No comments:
Post a Comment