Search This Blog

Wednesday 10 April 2013

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bahasa MelayuFalsafah Pendidikan Kebangsaan 1988

 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang darisegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diriserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara.” Perkembangan potensi individu Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepadaseseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmaniyang perlu dicungkil, dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melaluipendidikan berkualiti.Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berupaya membaca, menulis dan mengira.Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Berkemampuan untuk mengembangkandaya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus danmengemukakan usul-usul yang terbaik secara kritis dan kreatif. Berupayamenggunakan ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat manfaatdaripadanya.Kurikulum Bahasa Melayu lebih menekankan terhadap perkembangan kemahiranberfikir secara kreatif dan kritis. Sebagai contoh memperkembang daya imaginasi,kreativiti, pemikiran kritis melalui kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, KurikulumBahasa Melayu membentuk individu yang mampu menghasilkan pelbagai jenispenulisan kreatif dan berunsur ilmiah. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Rakyat kategori ini mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu dan dengan itu sentiasaberusaha untuk menambahkannya. Giat membaca untuk menimba ilmu danmenyebarkannya. Berfikiran terbuka dan berusaha menggunakan ilmu untuk manfaatdiri sendiri dan orang lain.Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat Kurikulum Bahasa Melayumenyediakan murid yang menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi denganmenggunakan peraturan sistem bahasa secara betul dan tepat. Murid mampumengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di sampingmengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Rakyat Malaysia yang berketrampilan Rakyat yang mempunyai kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas.Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang wajar bagi sesuatu tugas.Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan sempurna.Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan muriddengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri,memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Secara kesimpulannya,matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk menyediakan individu yangberketrampilan dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan merupakan proses yang membolehkan seseorang individu memperoleh danmenggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran tertentu.Proses ini berlaku secara berterusan dalam diri individu itu sejak dilahirkan hinggalahsepanjang hayat. Pada peringkat awal, kanak-kanak dibimbing dan diasuh olehibubapa. Ia menerima bimbingan agama dan asuhan akhlak yang baik. Pendidikan awaladalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembanghingga ke akhir hayat nanti.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/25420781/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-Dan-Kurikulum-Bahasa-Melayu

No comments:

Post a Comment